. . .


Thursday 24 September 2015

hambaNya ~

ramai yang sering beranggapan, 
mereka yang sering berkopiah,
mereka yang sering bertudung labuh,
mereka yang sering berjubah,
mereka yang sering berseban,
adalah orang yang sangat sangat baik,
orang yang mereka anggap tidak layak untuk berkawan,
berkawan ? ya, kerana mereka lupa,
tiada yang sempurna di dunia ini.

mereka tidak sedar,
orang yang berkopiah,
orang yang sering bertudung labuh,
orang yang berjubah,
orang yang berserban itu juga pernah melalui masa silam,
mungkin masa silam yang lebih pahit,
mungkin juga masa silam yang sememang nya indah,
mungkin juga belajar melalui sekeliling,
ustaz/ustazah juga pernah jadi jahat dahulu,
kenapa?
sebab mereka manusia biasa,
manusia yang tiada bezanya,
manusia yang hanyalah hamba Allah ~