. . .


Friday 15 July 2016

dosa vs pahala

Salam alayk ♡

Ramai yang sedar bumi ini hanyalah pentas dunia. Pentas yang sementara. Pentas yang sudah pasti di atur kemas oleh-Nya. Semua hidupan yang ada di muka bumi ini hanyalah pelakon-pelakon sementara tidak kiralah seseorang yang muda, yang tua, yang uzur, yang tinggi lampai, yang kerdil mahupun yang hitam atau putih. Aku juga merupakan salah seorang pelakon di muka bumi ini. Pelakon-pelakon ini jugalah yang banyak menabur dosa tetapi kemungkinan juga banyak mengumpul pahala.

Bukan manusia sahaja hidupan di dunia ini, jangan lupa kepada haiwan-haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan ciptaan Tuhan. Kadang aku terfikir, jika di bandingkan aku dengan kehidupan haiwan dan tumbuhan, mereka lebih mulia. Mulia kerana mereka tidak pernah berhenti berzikir. Haiwan dan tumbuhan ini tidak pernah berdosa kerana 24 jam dalam kehidupan mereka hanyalah berzikir. Bagaimana kehidupan aku yang mempunyai akal fikiran ini. Adakah aku juga berzikir dalam sehari semalam atau pun tiada satu pun ayat-ayat zikir yang keluar dari mulut ini. Tetapi jangan risau, semua juga ciptaan-Nya.

Antara dosa dan pahala, sudah semestinya ramai lebih sukakan pahala berbanding dosa. Apa salah dosa sehingga di ketepikan begitu sahaja? Apa salah dosa sehingga tidak di pandang langsung oleh pelakon-pelakon hebat di muka bumi ini? Kadang aku terfikir juga, apa kelebihan pahala sehingga ramai yang merebutnya.

Walaupun dosa tidak di sukai ramai, tapi dosa juga yang ranking dalam kehidupan. Sejak zaman anbia lagi dosa sudah wujud. Bukan sejak zaman anbia tetapi sejak azali lagi dosa sudah wujud. Jika di beri peluang untuk aku memilih kehidupan dahulu atau sekarang, aku lebih rela hidup pada zaman dahulu, yang penuh dengan kehidupan jahiliah daripada hidupan sekarang yang lebih mengetahui mengenai dosa tetapi berlagak tidak kenal apa itu dosa. Zaman dahulu Tuhan akan hantar nabi dan rasul untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya. Ramai yang menentang tetapi hasilnya membanggakan. Benar tidak semua yang berubah ke jalan yang benar, tetapi hasilnya dapat memberi impak sehingga ke hati manusia.

Hari ini, kita sebagai umat akhir zaman, kita ada pendakwah-pendakwah yang hebat, golongan tabligh yang dapat membantu, ustaz ustazah yang dapat mendidik tidak kira di sekolah, rumah, sekolah pondok, di mana mana sahaja, tidak lupa juga dengan kitab suci Al-Quran dan juga Sunnah yang di ajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini dakwah kita berbeza, lebih canggih, lebih moden. Benar dakwah masih wujud secara face to cafĂ©, tetapi dakwah juga lebih meluas di laman social seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. Kadang dakwah yang di sebarkan tidak benar. Ramai yang baca dakwah tersebut, like and share dengan caption “In Shaa Allah, Aamiin”, “Jom buat sesame” , “Saya sudah anda bila lagi”. Hebatkan. Walaupun salah, walaupun tidak pernah wujud dalam kitab suci Al-Quran tetapi masih di sebarkan.

Manusia, tidak akan lepas dari membuat kesilapan. Allah juga sudah menyatakan bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Sudah berbuat dosa, hari ini sedar akan kesilapan diri sendiri. Tetapi, esok masih membuat perkara yang sama.  Contohnya, walaupun seorang hamba sudah bertanyakan kepada yang lebih ariff, “ustaz, benarkah coca-cola haram untuk di minum?” dan jawab ustaz, “ya, kerana coca-cola boleh merosakkan usus serta setiap pembelian coca-cola adalah untuk sumbangan peluru orang-orang Israel”. Aku juga tahu mengenai haramnya coca-cola, tapi aku masih melangar hukum tersebut, aku masih tergilakan minuman bergas itu. Di Amerika mereka tidak minum minuman bergas tersebut kerana minuman itu hanyalah untuk mencuci tandas mereka. Tetapi aku dan rakyat Malaysia meminumnya untuk melepaskan dahaga di tekak. Tidak berdosa jika minum minuman coca-cola tersebut, tetapi berdosa jika tahu hukumnya haram tetapi masih menjadi minuman kegemaran. Aduh, sekali lag melanggar hukumNya!

Sesuatu perkara yang hukumnya haram tetapi di buat juga itulah di gelar dosa. Coca-cola tersebut menjadi sebuah contoh dalam kehidupan pada masa kini. Selain itu, perhubungan islamik juga kononnya boleh di halalkan jika pasangan tersebut mengetahui mengenai batas dan ikhtilat, mengetahui tentang selok-belok agama serta hukum haram halal, tidak seorang pun yang akan wujudkan istilah cinta islamik. Ramai yang beranggapan berdosa ini jika kita minum arak, makan babi, mencuri, membunuh dan sebagainya. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa bercinta itu juga berdosa, mengumpat di pagi hari dengan rakan-rakan juga berdosa, membuka aib seseorang juga berdosa, membenci seseorang dalam hati juga berdosa apatah lagi jika meninggalkan solat 5 waktu, dosanya cukup besar. Semua yang ‘halus’ perbuatannya tidak akan di anggap dosa, tetapi perkara biasa. Hebat bukan? Perkara yang dosa tu hanyalah perkara yang terang-terangan sahaja.

Seperti hubungan islamik yang semakin meluas di golongan remaja pada masa kini, menjaga ikhtilat mereka kata, tetapi bermesej sepanjang malam, berwhatsapp 24 jam tanpa henti, hantar gambar sana sini sampai aku pun keliru sebenarnya ikhilat tu macam mana. Atau aku kah yang mempunyai pemahaman yang salah dalam ikhtilat. Bukan itu sahaja, bahkan ada juga pelakon yang berpakaian sedap mata memandang, dengan serban dan jubah, dengan labuhnya tudung dengan jubah, dengan niqab yang rapi dengan jubah. Sempurna! Tetapi, itu hanyalah luaran, kerana sesetengah umat ini juga membuat silap. Ramai yang beranggapan bahawa orang-orang yang seperti ini suci daripada dosa, hebat dalam agama, warak, alim dan sesuai untuk di jadikan suami atau isteri kerana sempurna pemakaiannya. Bagi orang, jika pemakaian sempurna, maka sempurnalah akhlaknya. Sebenarnya itulah kesilapan besar yang kita tidak sedar.
Sekali lagi kita membuat dosa iaitu menilai seseorang walhal diri sendiri sedar menilai itu bukan kerja kita, tidak layak untuk kita menilai seseorang. Benarlah kata orang, akhlak seseorang bukanlah bergantug kepada pemakaiannya. Jika benar dia seorang yang warak, dia juga pernah melakukan dosa. Jika benar dia seorang yang alim, dia juga pernah membuat silap. Jika benar dia seorang muslimat yang menjaga tutur kata, adab dan santunnya, dia juga pernah melakukan dosa. Kerana mereka semua tiada beza. Mereka semua sama di mata Allah, kita semua hanyalah hamba. Hamba yang sering membuat dosa tanpa di sedari. Hamba yang masih lalai dalam dunia. Hamba yang sering terjerumus dalam dosa. Manusia, tiada yang sempurna. Perbezaan kita hanyalah satu, akhlak dan amalan dalam diri.
Dosa hadiahnya di neraka. Neraka jahanam yang panas. Neraka jahanam yang di banjiri oleh wanita. Aku pelik, ramai orang takutkan dosa tetapi ramai yang melakukan dosa. Sama seperti diriku di kelilingi dosa yang tidak pernah ada putusnya. Adakah dosa ku lebih banyak berbanding pahala ku.
Pahala. Pahala merupakan ganjaran yang amat bernilai untuk setiap manusia. Ganjaran yang merupakan bekalan untuk di akhirat sana. Penuh dengan kemanisan, jika di buat dengan ikhlas. Ikhlas yang datangnya dari hati. Ingin mendapatkan pahala sangat mudah. Mudah seperti mendapatkan dosa. Tapi tidak mudah untuk di lakukan semua orang.
Pelikkan. Kadang aku mula lagi berfikir, kenapa pahala mudah nak kumpul tapi payah sangat nak buat. Sedar diri pahala untuk bekalan di akhirat nanti, tapi melangkah ke masjid pun masih berat, bersedekah pun masih berfikir beratus kali, hendak menutup aurat pun lagi payah. Ada yang tak sedar menutup aurat juga pahala. Apatah lagi si wanita yang seharusnya bertudung. Tapi tudung terbang ke laut. Tak semua orang tau, setitis peluh wanita yang mengalir sebab bertudung boleh menyelamatkannya di akhirat kelak. Tapi kenapa masih ada yang kata “belum dapat hidayah beb”, “belum masanya la kak, mungkin esok-esok”, “nanti sudah khawin barulah nak pakai tudung awak”. Kenapa nanti? Kalau dalam masa beberapa saat lagi Allah kata ajal kita sudah sampai macam mana agaknya nak merasa tudung ya?
Hebat kepada mereka yag kata nak pakai tudung lepas khawin. Kononnya nak jaga aurat, takut suami masuk neraka. Alahai cik akak, jadi ayah, abang dan adik lelaki macam mana sebelum akak khawin tu? Agaknya tak kesah mereka di sambar api neraka. Atau keluarga cik akak tu kalis api neraka. Nampak duniakan? Sangat hebat.
“Jangan lupa solat”. Ayat yang ringkas tapi sebenarnya penuh makna. Ayat yang ringkas ini juga merupakan dakwah. Dakwah yang sangat ringkas untuk pelakon duniawi. Aku tahu dengan mengingatkan kawan atau keluarga dalam bab-bab agama juga adalah satu pahala. Api kadang di sebabkan malu, segan kita mampu diam sahaja. Azan berkumandang, aku solat sendiri. Aku tidak pernah ajak mereka. Agaknya aku nak jadi baik sendiri. Tanya diri. Kenapa rasa susah hendak menyampaikan walaupun sepatah ayat. Walhal sepatah ayat itu yang dapat membantu kelak.

Pahala dan dosa. Masing-masing ada timbangannya. Antara kiri dan kanan mana yang lebih berat nanti. Selama kita hidup di pentas penuh lakonan ini kita tidak tahu siapa yang lebih banyak menganggur. Malaikat di sebelah kanan atau malaikat di sebelah kiri. Waalahualam.
Untuk membuat kebaikan sangat mudah sama seperti mengumpul dosa. Tapi tidak secepat dosa untuk mendapat ganaran yang kita mahukan. Dosa hebat, sekali melanggar laranganNya, terus dapat dosa. Tidak seperti mengumpul pahala. Hari ini hendak membuat kebaikan, niat untuk berbuat baik dan mendapatkan keredhanNya, tetapi pasti ada sahaja halangan. Halangan yang tidak di duga. Begitulah pahala, untuk mendapatkannya seperti kita berjalan di atas red carpet yang penuh duri. Red carpet yang mewah tapi penuh duri, penuh ujian.
Sekali lagi, dalam hidup ini kita semua kena ingat. Ada ahli maksiat yang masuk syurga kerana taubatnya yang benar tetapi ada juga ahli ibadah yang masuk neraka kerana perbuatannya yang riak. Jangan pandang manusia dari luarannya sahaja, dari pakaiannya, kerana hati manusia hanya Allah sahaja yang tahu.
Antara dosa dan pahala, pilihan ada dengan kita.